Setiap warna mempunyai aura tersendiri yang mampu
menyerlahkan Aura si pemakai.Selama ini,ramai yang memilih warna mengikut
personaliti diri atau kesesuaian kulit.Sebenarnya,Pakar motivasi mengatakan
pemilihan yang tepat adalah berdasarkan hari.Saya ingin kongsikan tip motivasi
kepada anda yang ingin mencuba merasa sendiri kelainan dengan Aura Warna.Nanti
anda boleh komen apakah yang anda rasa selepas mencubanya.
Isnin : Warna Putih
Lambang Kesucian
Warna ini melambangkan kesucian rohani.Pemakaian warna putih
akan membuatkan anda merasa polos dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan
dengan tenang.
Selasa : Warna Merah Jambu / Ungu
Lambang Kasih Sayang
Dua warna iini mewakili kasih sayang dan tumpuan.Aura
positif daripada warna ini akan membuatkan anda terasa gembira dan
selesa.Lantaran itu sangat mudah bagi anda agar fokus terhadap apa jua yang
perlu dilakukan.Warna ini akan membuatkan anda sentiasa segar,ceria dan
kelihatan muda daripada usia sebenar.
Rabu : Warna Biru
Lambang Komunikasi .
Warna biru sangat membantu anda agar mudah untuk
berkomunikasi dan mampu mendorong anda kekalkan fikiran rasional dan membuat
keputusan dengan tepat.Ramai pakar motivasi mencadangkan mesyuarat diadakan
pada hari Rabu kerana mereka sangat percaya kelebihan aura warna Biru akan
menghasilkan idea yang lebih bagus dan keputusan yang tepat dapat dibuat.
Khamis : Warna Kuning / Oren
Lambang Aktif
Warna ini memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang
lebih kreatif dan kritis.Dua warna ini memberikan keceriaan yang membuatkan
anda sentiasa aktif dalam melaksanakan apa jua kerja atau program dengan
pantas.Kekuatan yang terdapat pada warna kuning dan oren akan mendorong anda
kekal bertenaga dengan pemikiran cergas sepanjang hari.
Jumaat : Warna Hijau
Lambang Ketenangan
Anda memerlukan ketenangan diri dan keseimbangan
emosi,rohani dan jasmani.Hijau lambang Iman dan keseimbangan dalam kehidupan,ia
mampu memberi pengisian dalaman untuk diri anda.
Sabtu : Warna Merah
Lambang Berani
Warna ini membangkitkan aura keberanian,kemewahan dan tuah
kepada si pemakai.Aura merah akan mendorong anda agar berani mencuba sesuatu
yang baru.Dalam erti kata lain,membuat perubahan lain pada
kehidupan,sikap,penampilan,fikiran,pekerjaan mahupun keinginan.
Ahad : Warna Hitam
Lambang Istirahat
Anda sangat perlu untuk merehatkan otak,minda,emosi dan
fikiran.Warna hitam akan membuatkan anda berada dalam zon selesa dan
privasi.Suasana ini sangat sesuai untuk anda istirahat agar kembali bertenaga
merencanakan hari depan dan akan datang.
Layari www.terapienergi.com
No comments:
Post a Comment