Gambar hiasan: Setiap wanita mempunyai gaya berjalan yang tersendiri.
1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia
juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah,
wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir
sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti
ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia.
Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak
jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun,
ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya.
Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup.
Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan
boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan
hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak
peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan
hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini
kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati
lelaki yang dicintainya.
4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan
sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu
mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi
dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti
ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.
5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa
pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara
kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan
kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah
ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan
akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya
bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki
pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia
bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi
lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.
7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi,
jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga
perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan
air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment