Dalam hidup ini, setiap orang mendambakan seorang sahabat yang sejati.
dalam catatan ini saya ingin berbagi cerita,. tentang i memang kisah persahabatan yang sangat meruntun jiwa.
************
Terdapat dua orang sahabat baik di sebuah kampung. Sejak kecil lagi,
setiap perkara yang mereka buat akan dilakukan bersama-sama. Dari
meredah hutan, memancing, belajar dan apa-apa sahaja sekalipun, mereka
akan melakukannya bersama-sama. Pendek kata, dimana ada sahaja, akan ada
mereka berdua.
Seawal usia remaja, negara mereka telah dilanda satu peperangan. Ini
telah memaksa semua remaja untuk melibatkan diri dalam bidang
ketenteraan bagi mempertahankan tanah air. Tidak terkecuali, dua orang
sahabat ini. Mereka memasuki bidang ketenteraan bersam-sama.
Pada suatu pagi yang hening, tiba-tiba pihak musuh telah menyerang
markas tempat tentera ini. Maka suasana yang pada mulanya hening menjadi
hingar bingar. Kdengaran buyi tembakan mush memecahkan kesunyian pagi.
Pihak musuh yang menyerang telah menembak membabi buta. Maka, tunggag
langgangla lah pihak tentera tadi termasuk dua orang sahabt tadi.
Sesampainya mereka di markas rahsia. Sahabat tadi mendapati bawah
sahabat baiknya tiada di situ. Maka dengan rasa kelam kabut, dia
bergegas meminta izin kepada ketuanya untuk keluar kembali ke tempat
peperangan untuk mencari sahabtnya tadi. Tapi ketua itu telah menolak
seraya berkata " Untuk apa engkau kembali ke sana, sahabatmu telah mati
dan engkau mungkin akan ditembak musuh. Sia-sia sahaja. "
Oleh sebab terlalu kasihkan sahabatnya. Maka, dia tidak mengendahkan arahan kaptenya tadi.
Selang setengah jam kemudian, dia pulang dengan ada kesan tembakan di
bahagian perut. Ketuanya melihat seraya berkata. "Kan aku dah kata hanya
sia-sia je" Sahabat tadi menjawab " Tidak sia-sia wahai ketua, aku
dapat mendengar kata-kata terakhirnya" Kapten tadi mendengar sambil
berkata dalam hati "Hanya cakap kosong"
Namun, oleh sebab rasa ingin tahu yang tinggi, maka ketua tadi datang
semula kepada seraya bertanya. "Sebenarnya apa yang dia telah katakan
kepada kamu sehingga kamu sanggup untuk menggadaikan nyawa kamu
kepadanya?"
Jawablah sahabat tadi sambil berkata " Saya tahu kamu akan datang
kembali mencari saya" Itulah kata-kata terakhirnya sambil tersenyum
puas.
************
Dalam hidup ini, sukar untuk kita mencari seorang sahabat yang dapat
terima baik buruk kita. Seorang sahabat yang mampu untuk bersama dengan
kita masa susah dan senang. Sebanya, kita tak mampu untuk berfikir apa
yang ada dalam fikiran dan hati seseorang itu.
Hatta seorang ibu sekalipun, dia tidak mampu untuk membaca apa yang
difikirkan oleh anaknya walaupun dia yang melahirkan anaknya tersebut.
Satu hari nanti, bila korang telah menemukan seorang sahabat sejati.
Maka jagalah diri dia dengan sebaik-baiknya kerana mungkin satu hari
nanti, korang takkan menemukan lagi seorang lagi sahabat sepertinya.
Sahabat sejati takkan sanggup menggadaikan persahabatanya semata-mata
keran cinta dan duit. Selalu korang tengok dalam filem-filem melayu,
seorang sahabt sejati lebih sanggup memendamkan perasaan daripada
melukakan hati kawannya tersebut.
Bagi aku, tiada satu tips pun yang mampu menolong korang mendapatkan
seorang sahabat sejati. Ia datang secara tiba-tiba, dan ia akan kekal
selama-lamanya. Berbahagilah korang bila korang sudah mampu
menyedarinya. ^^
No comments:
Post a Comment