Assalamualaikum semua
Kali ini Kasih Suci ingin kongsikan beberapa tips yang boleh menjadi panduan untuk terus bahagia bersama pasangan.
-Sentiasa menjadi diri sendiri.
Tak perlu menjadi diri insan lain. Usah
berpura-pura dalam mencipta identiti diri di depan insan tersayang. Cuba
selesa menjadi diri sendiri agar tidak nampak berpura-pura . Kamu akan
lebih selesa apabila kelihatan natural dan bersahaja.
-Sentiasa ikhlas
Ikhlas la dalam menerima baik buruk
pasangan. Jangan meminta dia berubah menjadi insan lain. Ya kita boleh
berubah menjadi seseorang yang lebih baik tapi tidak perlu berubah
menjadi insan yang kita tak mampu jadi seperti mereka. Berubah dari
jahat ke arah baik itu adalah lebih baik
-Sentiasa jujur
Jujurlah dalam apa jua perkara yang kita
lakukan terhadap pasangan kita. Apa saja aktiviti yang ingin kita
lakukan beritahu mereka agar mereka tidak merasa diketepikan.
-Berkongsi pendapat
Adalah sesuatu yang indah apabila dapat
berkongsi pendapat bersama insan tersayang. Diri akan lebih merasa
dihargai apabila pasangan bertanyakan pendapat kita tentang sesuatu
perkara. Walau perkara kecil tetapi bila ia dikongsi bersama ia akan
menjadi sesuatu yang sangat bermakna.
-Kongsi masalah bersama
Apabila saling berkasih sayang perlulah
kita berkongsi masalah bersama. Ada sesetengah pasangan mereka tidak
boleh berkongsi masalah. Perlu ada sahabat lain pula dalam hidup mereka
kerana mereka hanya boleh berkasih sayang tetapi terasa janggal bila
berkongsi masalah. Pendek kata pasangan mereka bukan pendengar atau
penasihat yang baik maka mereka tidak memilih untuk berkongsi masalah
atau cerita dengan pasangan mereka.
-Saling mempercayai
Saling mempercayai dalam hubungan amat
penting kerana apabila asik meragui kejujuran pasangan walau ia setia
terhadap kita hubungan itu akan menjadi tegang dan hambar. Terasa diri
sentiasa diperhatikan. Lama-lama pasangan akan bosan dan melangkah pergi
kerana terasa diri dilayan seperti banduan
Banyak lagi tips yang ingin Kasih Suci
kongsikan , namun untuk kali ini cukuplah setakat ini sahaja. Kita
bertemu di lain entri lain saja ya..
Jangan lupa jaga kesihatan, banyakkan minum air suam.
No comments:
Post a Comment