Sebuah perhubungan jika tiada rajuk,
tiadalah sikap romantik. Maka telah menjadi lumrah pasangan kekasih yang
sedang bercinta, sebuah pihak pasti ada rajuknya. Tetapi siapa yang
lebih kerap merajuk? lelaki atau perempuan… Mengikut kajian yang
dilakukan, perempuan lebih kerap merajuk berbanding lelaki. Hal ini
demikian kerana perempuan mempunyai sebuah naluri yang cukup sensitif
berbanding lelaki. Dengan ini saya akan bagi tip bagaimana mahu
mengambil hati atau memujuk wanita yang sedang merajuk.
1 : Beri Perhatian
perempuan akan cepat terasa apabila teman
lelakinya tidak melayan mereka dan memberi sepenuh perhatian kepadanya.
Mereka tidak marah atau tidak membenci kamu, tetapi mereka terasa
tersisih kerana kamu tiada disisi tatkala kamu tidak hubungi mereka.
Oleh itu, kamu mestilah meluangkan masa sedikit agak mereka terasa
dimanjakan.
2 : Hadiah
jangan salah sangka, tidak semestinya
memberi hadiah itu menunjukkan perempuan itu mata duitan. Mereka juga
tidak mahu hadiah yang mahal-mahal, yang penting bagi mereka, kamu
ikhlas memberinya hadiah. jika kamu tahu, wanita lebih menyukai hadiah
yang kamu cipta sendiri berbanding membelinya di kedai. Hal ini demikian
kerana bagi mereka, kamu bersungguh-sungguh memujuk mereka.
3 : lagu
tidak kiralah suara anda sehebat Anuar Zain
atau sebaliknya, jika kamu menyanyi pasti akan membuat hati seorang
cair pada kamu. Tidak percaya? cuba kamu practice kepada teman wanita
kamu yang masih merajuk, nescaya perkataan yang pertama kamu akan dengar
” so sweet “. Hal ini kerana mereka akan merasakan kamu sangat-sangat
romantik terutama kamu menyanyikan lagu kesukaan mereka.
4 : SMS
jika kekasih kamu tiada dihadapan mata atau
Si Dia tidak mahu menjawab panggilan kamu, maka gunakan kepakaran yang
ada di otak kamu untuk mengarang kata-kata indah atau ayat yang bermakna
kepada dia melalui SMS. Hati wanita sungguh lembut, nescaya dia akan
membalas balik SMS kamu itu.
saya harap tips ini memberi tunjuk ajar
kepada para jejaka diluar sana untuk memujuk si gadis yang sedang
merajuk. Jangan lupa nantikan tips cinta yang seterusnya.
jaga lah kekasih anda seperti anda menjaga diri anda..jangan melukakan hati si dia... ^^
No comments:
Post a Comment