BERIKUT adalah 4 golongan lelaki ke neraka. Semoga kita
tidak tergolong sebagai golongan lelaki berkenaan.
PERTAMA:
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan
anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat, membaca Al-Quran dan sebagainya. Dia membiarkan
anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya
memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
KEDUA:
Isterinya; Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak
tanduk isterinya. Suami berdiam diri apabila isterinya bergaul bebas di
pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum
lelaki yang bukan mahram. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa
tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka.
KETIGA:
Abang-abangnya; Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab
menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya
mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran
ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
KEEMPAT:
Anak Lelakinya; Apabila seorang anak tidak menasihati
seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal
dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja
di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang
bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang
sebenar.
Firman ALLAH S.W.T.:
“Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari
api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.”
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang
anda serta anak-anak lelaki anda agar mereka bukan 4 Golongan Lelaki Ke Neraka.
Kasihankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri. Jalankan perintah ALLAH S.W.T.
dengan bersungguh-sungguh dengan penuh ikhlas.
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat
dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah
sangat berharga.
Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang
memasukinya tanpa hisab dan bukan dari golongan 4 Golongan Lelaki Ke Neraka.
Wallahualam (4 Golongan Lelaki Ke Neraka).
No comments:
Post a Comment