Stress memang seringkali di alami oleh
manusia tidak kira tua mahupun muda. Stress mesti dikawal dengan bijak
supaya tidak terjadi sebarang tindakan di luar kewarasan akal fikiran.
Adakah anda salah seorang yang sedang mengalami stress?? Jika tidak
pasti samaada anda termasuk dalam individu stress boleh merujuk kepada
artikel Tanda-tanda Stress dan juga Cara Mengetahui Tahap Stress.
Jadi bagaimana memang anda seorang yang sedang stress atau tertekan
dengan keadaan sekeliling. Jangan bimbang kali ini kami ingin kongsikan
artikel cara mengurangkan stress yang terbaik untuk anda mencubanya.
Cara Mengurangkan Stress:
1. Mencari dan Menikmati Ketenangan
Luangkan masa untuk berjalan-jalan di
kawasan persekitaran tenang seperti di tepi pantai, sungai atau taman
rekreasi. Carilah ketenangan dengan menikmati segala keindahan yang
telah dianugerah Ilahi dan lupakan seketika segala masalah yang
dihadapi. InsyaAllah hati akan lebih tenang.
2. Perbanyakkan membaca Al-Quran
Al-Quran patut dijadikan teman akrab
sepanjang waktu. Dengan membaca Al-Quran hati menjadi lebih tenang dan
berfikir lebih rasional. Malahan, ganjaran yang besar akan diberikan
Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat.
3. Lakukan senaman pernafasan mendalam
Pernafasan membawa banyak manfaat,
termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan
menteramkan minda kita. Tarik nafas perlahan-lahan dengan mendalam dan
kemudian hembuskan dengan sepenuh hati seperti melepaskan segala bebanan
yang terletak di bahu.
4. Lakukan aktiviti luar seperti bersukan, jogging, beriadah
Badan yang cergas akan membentuk otak
yang cerdas. Jadi segala stress akan dapat dilupakan apabila melakukan
aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan badanseperti bersukan dan
jogging. Situasi akan menjadi lebih gembira jika kita meluangkan masa
membawa keluarga pergi beriadah. Tambahan, ia dapat mempereratkan ikatan
kekeluargaan menjadi lebih erat dan mesra.
5. Mendengar Lagu atau muzik yang mendamaikan
Mendengar lagu atau muzik yang
mendamaikan banyak mendatangkan faedah kesihatan bagi mereka yang
mengalami stress atau tekanan perasaan. Muzik yang sesuai boleh
mengurangkan tekanan darah tinggi, melegakan badan dan mententeramkan
minda anda. Tapi anda perlulah memilih muzik yang lembut dan sesuai.
6. Terima Keadaan Seadanya atau redha dengan ketentuan Ilahi
Jangan mengharapkan sesuatu keadaan
berubah mengikut kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan
menjadi kenyataan. Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu
mengharap sesuatu yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu
kecewa lantas stress jika tidak memperolehinya. Terima keadaan seadanya
dan berbahagia dan menghargai apa yang ada tanpa membandingkan dengan
apa yang orang lain dapat.
Nikmatilah hidup selagi terdaya. Jangan biarkan stress menyelubungi hidup anda. Selamat mempraktiskan cara mengurangkan stress.
No comments:
Post a Comment