Dalam keadaan sekarang di mana ramai orang Islam
terikut-ikut cara bukan Islam termasuk mencacah tatoo dan membela anjing kerana
hobi, ada pula individu bukan Islam bertindak sebaliknya.
Jika sebelum ini ada yang memilih untuk berpuasa bagi
menyelami keadaan rakan-rakan muslim, kini ada seorang gadis Cina pula memakai
tudung.
Apa yang menarik, gadis berkenaan menyatakan dia bertindak
sebegitu untuk menunjukkan kepada perempuan Islam di luar sana betapa indahnya
kalau bertudung.
Malah apabila ada yang rakannya memberi komen Islam itu
‘simple’ (tidak menyusahkan), gadis yang dikenali sebagai Yun ini menyatakan,
‘simple tu lah remaja Islam sekarang tak boleh nak ikut.’
Hmm, agak pahit kenyataan itu untuk dihadam oleh sesetengah
perempuan Islam hari ini bukan?
No comments:
Post a Comment