Putus cinta bukan bermakna dunia ini
sudah berakhir. Dunia belum berakhir dengan hanya anda putus cinta
dengan bekas kekasih hati. Mungkin ada di antara kita yang pernah
mengalami situasi seperti ini. Sungguh pahit untuk ditelan dan sakit
untuk diubati. Panas yang disangkakan hingga ke petang rupanya hujan
ditengahari. Status di update di facebook, twitter menyatakan segala
luahan hati yang sedih, kecewa dan menangis hiba. Ini semua disebabkan
penangan putus cinta.
Sudah adat percintaan ada yang berakhir
bahagia dengan perkahwinan dan ada juga terputus di tengah jalan. Bahkan
yang berkahwin pun boleh terpisah inikan pula pasangan kekasih tanpa
sebarang ikatan yang sah.
Cinta yang terputus itu tidak lagi
menjadi indah seperti yang diimpikan pada awal percintaan. Namun, jangan
jadikan alasan putus cinta untuk tidak meneruskan kehidupan. Dunia
belum berakhir dengan hanya putus cinta. Kita sepatutnya patut bersyukur
kerana di berikan peluang untuk memperbaiki hidup. Setiap yang berlaku
pasti ada hikmah yang telah dirancang olehNYA. Jadi hadapilah ia dengan
tenang dan matang.
Cinta ini sangat rumit tapi ianya indah.
Ia datangnya bukan dari paksaan dan perginya pula tanpa kerelaan. Kita
selalu mendengar bahawa cinta kepada seseorang hanyalah cinta sementara
dan cinta yang hakiki ialah cinta kita kepada Allah. Cinta yang hakiki
ialah mencari cinta Ilahi agar sesebuah ikatan itu diredhai olehNya.
No comments:
Post a Comment