Saya rasa semua orang dah biasa dengar orang kata"Bukan
senang nak jadi senang tapi tak susah dan jadi susah".Kenapa yek saya nak
bercerita pasal topik nie...Tak ada topik lain ke?..Tajuk nie sebenarnya saya
tujukan khas kepada anda yang berkecimpung didalam perniagaan Internet samada
secara separuh masa atau sepenuh masa.Ini kerana terlalu banyak produk atau apa
jua perniagaan internet yang ditawarkan dengan mengatakan..Kerja mudah..RM10000
sebulan...Hanya 2 jam sehari utk RM5000 seminggu...tetapi hakikatnya 80-90%
orang GAGAL menghasilkan duit melalui internet bahkan kedengaran komen,keluhan,rintihan
KERUGIAN yang terpaksa ditanggung.Sebenarnya kegagalan yang anda hadapi adalah
datang dari diri anda sendiri!!! kenapa plak?..aku dah buat semua cara yg
disuruh..dah promosi..dah itu..dah ini..last sekali dah rugi ( hahaha)
Sebenarnya kegagalan itu datang nya dari sikap anda
sendiri.Cuba anda fikirkan apakah anda sudah membuat satu keputusan yang
muktamad untuk membeli atau menyertai apa jua perniagaan internet yang
ditawarkan!! ini kerana kebanyakan dari kita terpikat dan teruja untuk membeli
produk atau menyertai peluang perniagaan internet yang ditawarkan hanya
berdasarkan KEUNTUNGAN semata mata dan akhirnya kecundang ditengah jalan.Dan
bermula lah episod memburukan produk itu tipu,produk ini tak bagus,perniagaan
itu SCAM tapi tak pernah menyalahkan diri sendiri walaupun pada kadar 5%.(
pandai2 je aku nie..hahaha )
Jika kita banding kan perniagaan OFFLINE dan ONLINE tentunya
RISIKO perniagaan online lebih tinggi dan perlu membuat kajian sepenuhnya
sebelum satu keputusan dibuat.Tetapi sekiranya anda mengetahui cara yang betul
perniagaan online adalah lebih mudah dijalankan dan dijadikan platform untuk
kita mencari duit atau menambah duit poket kita dengan cara yang mudah,murah
dan berkesan.Anda sendiri sedia maklum terlalu banyak produk produk atau pun
peluang perniagaan yang ditawarkan melalui internet,setiap hari ada saja produk
atau peluang baru yang ditawarkan.
Disini saya ingin bertanya kepada anda beberapa soalan ;
1) pernah kah anda membuat sedikit kajian?
2) Adakah anda benar2 berusaha?
3) Adakah anda fokus 100% atau ikut suka anda?
4) Adakah anda benar2 faham tentangnya?
5) Adakah anda bersedia untuk GAGAL?
Sekiranya jawapan dari 5 soalan diatas menyatakan TIDAK maka
tidak salah anda menghadapi kegagalan dan kekecewaan.Kerana anda menganggap
perniagaan online adalah perkara yang terlalu mudah.Sebenarnya dalam apa jua
bidang yang ingin anda ceburi samada melalui cara online atau offline,anda
perlu membuat perancangan yang betul2 teliti dan anda kena pastikan anda benar2
faham apa yang anda inginkan,tindakan yang perlu anda lakukan dan sikap anda
sendiri.Jadi pesanan saya kepada anda semua jadikanlah ayat ini sebati dengan
jiwa kita "TIDAK ADA JALAN PINTAS UNTUK BERJAYA MELAINKAN DENGAN
PENGORBANAN YANG TERAMAT BESAR UNTUK MENDAPATKANNYA"
Disini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk anda:
1) Buat kajian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
2) fokus hanya pada satu produk atau perniagaan dahulu.
3) usaha yang bersungguh2 dan konsisten
4) Tetapkan matlamat yang jelas
5) Jangan hanya mengira UNTUNG sehingga terlupa faktor RUGI
6) KEKALKAN SIKAP ANDA SENTIASA POSITIF
Apa pun apa yang saya coretkan diatas adalah dari pandangan
peribadi saya sendiri.sekiranya ianya tidak betul dan omong kosong
saja..anggaplah ianya hanya bualan dari saya untuk anda.
No comments:
Post a Comment