Tuesday, 27 August 2013

10 Strategi Syaitan Membuka Aurat Wanita


1. Menghilangkan hijab (penutup)
Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.

2. Membuka bahagian tangan
Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata, “Tak mengapa jika memakai baju lengan pendek. Kamu masih pakai tudung.” Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi, “Tidak mengapa kan..?”

3. Membuka leher dan dada
Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan berbisik, “Tak mengapa kan membuka lengan. Sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bahagian dada. Baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak terasa panas. Orang pasti berkata biasa saja.” Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.

4. Berpakaian tetapi bertelanjang
Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan berbisik, “Baju kamu itu dah biasa dah ramai orang yang pakai. Sekarang ini ada fesyen baru lagi. Baju ini tipis dan ketat saja. Boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu. Tidak mengapa, sebab potongan baju ini masih panjang.” Maka wanita ini pun memakai baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

5. Membuka sedikit
Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik, “Susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini. Bergerak pun terasa terbatasi. Apa kata kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut. Nanti lebih senang kamu untuk duduk. Tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa.” Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dalam bergerak.

6. Membuka telapak kaki dan tumit
Syaitan berbisik lagi, “Sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian begini. Kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut. Kamu potong saja lagi hingga di atas tumit. Kamu pendekkan kain ini sehingga atas tumit untuk memudahkan kamu berjalan.” Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.

7. Membuka separuh betis
Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi, “Fesyen kamu ni masih biasa saja. Orang macam tak kisahkan. Apa kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol. Di pasaran banyak kain skirt. Tak perlu beli yang sangat pendek. Yang separuh betis saja.” Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.

8. Membuka seluruh betis
Wanita ada terfikir, “Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan wanita zaman nabi dulu?” Syaitan pula menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata, “Ahh!! Tidak.. Sekarang zaman dah berubah. Dulu lelaki tak suka kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka. Yang seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tapi terbuka sedikit. Di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis. Kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman.” Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.

9. Serba mini
Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut, “Pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja. Kamu perlu pakai skirt mini. Kamu akan nampak lebih seksi dan menawan.” Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan sebagainya.

10. Hampir semua terbuka
Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik, “Pakailah kamu bikini.. Semua orang di sana pakai baju itu. Kamu tak perlu malu.” Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup sebahagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutam

kuatkan iman anda..ingat Allah,,insyaAllah anda dijaga oleh-Nya. . . ^^

Hukum Mencarut, Memaki dan Mengeji



HUKUM mencarut, maki hamun dan mengeji dijelaskan dalam nas-nas & hadith sohih:

1-Barang siapa yang menetapkan niat nya dalam bulan-bulan tersebut untuk mengerjakan haji, maka janganlah ia bercakap lucah (rafath), melakukan kerja fasiq (fusuq), & bergaduh dalam masa mengerjakan haji" [ Al-Baqarah :197 ]
  
2-Menurut Ibnu Umar "rafath" bermaksud bersetubuh & bercakap mengenainya. "Ata' Bin Abi Rabah pula berpendapat, "Rafath ialah bersetubuh & bercakap lucah.  Hukumnya adalah haram". "Fusuq" pula, Ibnu Abbas mentafsirkan sebagai, "Semua bentuk maksiat".  Manakala Ibnu Umar mengatakan, "Fusuq ialah maki". Al-Dahhak pula mentafsirkannya dengan, "Menggelarkan seseorang dengan gelaran yang keji"

3-"Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata2 yang keji, kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian" (al-Hakim dan Ibnu Hibban)

4-"Bukanlah mukmin (yang baik) itu: Pencela, pelaknat, penutur kata2 yang keji dan orang yang lucah percakapannya" (al-Hakim dan al-Darqutni);

5-"Syurga adalah haram dimasuki oleh orang yang keji percakapannya" (Ibnu Abi al-Dunya dan Abu Naim);

6-"Wahai Aisyah! Kalaulah kata-kata yang keji itu seorang lelaki, maka ia adalah lelaki yang jahat" (Ibnu Abi al-Dunya);

7-"Kata-kata yang lucah dan perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat-sifat munafik" (al-Tirmizi).

8-"Diriwayatkan bahawa orang yang keji percakapannya dan suka menyebarkan kekejian akan didatangkan pada hari kiamat dalam bentuk anjing atau dalam usus anjing"(Ibrahim Bin Maisarah)

Kepada pencarut, pemaki & pengeji yang bekerja secara full time or part time, bertaubatlah. Bukan kah memperbanyakkan sebut kalimah Allah itu lebih baik.

Promosi Maksiat & Buka Aib Sendiri

Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkan pelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa memenuhkan ruang kehidupannya dengan dosa, keimanan akan menurun, memberi kesan kepada seluruh amalan. Solat menjadi tidak khusyu’ dan berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan dan teramat menjemukan. Perasaan kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa pulaakan semakin pudar, hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi semakin malap tanpa sinar.
Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak, sama ada disebabkan dosa yang di luar jangkaan atau timbunan pahala yang tidak disangka. Jika ia pahala, Alhamdulillah, namun bagaimana jika dosa yang memenuhi buku catatan amalan?
 

Sebagai contoh, dosa-dosa kecil amat mudah diperolehi apabila kita menonton televisyen sama ada melalui tontonan aurat lelaki wanita di dalam siri drama, filem iklan, hatta berita. Dosa kecil juga boleh berlaku apabila kerananya sekiranya seseorang itu melalaikan tanggungjawab agama yang lain dan pelbagai lagi kekurangan kerananya. Telah dibincang panjang lebar oleh ulama Islam, TV dan filem adalah neutral, jika digunakan untuk tujuan kebaikan, maka pahala diperolehi, jika keburukan, dosa tentunya.

Namun, desakan nafsu dan Syaitan kerap mendorong sebahagian kita untuk terus melihatkisah-kisah paparan kreativiti karyawan Barat. Walau kita tahu ia bercampurbaur adegan dosa ( berpelukan, bercium dan sebagainya) dan pemaparan aurat tentulah amat pasti.
Benar, secara umumnya, ia mungkin masih dianggap dosa-dosa kecil. Dosa kecil disebut oleh Nabis.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar danpelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa kecil seperti itu boleh berganda sehinggaadakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya.
Ia adalah apabila tontonan kita itu dikongsikan kepada orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada di ketika bercerita berkenaannya, mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOK sebagai filem (movies) yang diminati, dramaTV disukai, buku didambai, muzik dikagumi dan sebagainya.
Bagi saya, tindakan mengisi ruang itu dengan sebarang filem yang majoritinya mendedahkanaurat dan bercampur baur pengajarannya adalah sama seperti mempromosikannya, memberikan iklan percuma kepadanya, memaklumkan keredhaan kita terhadapnya.
Mungkin terkecuali jika kita menyiarkan minat kita terhadap movie pengajaran seperti KungFu Panda, Toy Stories, Cars, Omar Mukhtar atau dokumentari dan keagamaan seperti National Geographic, Discovery Channel, Berita, Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz, Halaqah, Akademi al-Quran dan sebagainya.
Memaparkan minat kita rancangan TV atau Movie yang jelas bercampur aduk dosa dalam majoriti adegannya seperti ‘DesparateHousewives’, ‘Friends’, ‘Pretty Women’, ‘Notting Hill’, ‘Kuch Kuch Hota Hai’, ‘HEROES’ dan jutaan lagi filem sepertinya.
Walaupun seseorang itu memang meminati dan menontonnya, namun sedarilah tontonan itu mengakibatkan banyak dosa-dosa kecil. Tontontan itu tanda akibat kelemahan diri kita sehinggaterjebak dalam dosa sebegitu.
Memaklumkannya kepada orang lain akan minat kita terhadap filem itu adalah dosa gandaan yang lain. Ia adalah sebuah promosi iklan secara percuma. Malah mendedahkan sokongan kita terhadap movie dan drama bermaksiat. Bukan sekadar movies sahaja  malah hal yang sama terpakai buat promosi buku, novel, muzik dan public figureatau artis (khususnya di facebook).
Saya bimbang, keghairahan berkongsi segala-galanya di dalam facebook, blog dan forumakan tanpa sedar mempergandakan dosa seseorang.
Kecuali jika diyakini dengan ilmu dan iman bahawa pengajaran BAIK dari filem yang ingindikongsi tersebut atau ditanda sebagai ‘like’ itu MELEBIHI UNSUR DOSA DAN BURUK. Sebagaimana drama-drama bermesej islam, penuh pengajaran tetapi masihdilakonkan oleh pelakon mendedah aurat. Jika diyakini unsur positifnya melebihidan negatif, tatkala itu mungkin wujudnya sedikit justifikasi untuk dipapar danditonjolkan dalam senarai drama diminati. Dengan niat agar orang lain turutmendapat pengajarannya.
Selain berkongsi minat terhadap hal yang disebut di atas, ada juga yang mendedahkan dosanya melalui gambar. Gambar seperti :
  • ketika sedang minum arak.
  • hadiri parti penuh maksiat.
  • hadiri majlis dosa.
  • sedang berpelukan lelaki wanita.
  • bersentuhan wanita dan lelaki yang bukan mahram (walaupun bagi seorang doktor kerana keperluan, tetapi gambar sedemikian PATUT disembunyikan).
Justeru itu, jadikanlah dosa peribadi disebabkan menonton filem bercampur maksiat, atau menyukai musik hedonisme, atau melakukan maksiat secara fizikal kerana zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecil atau besar yang dilakukan di rumah, tersembunyi adalah antara individu terbabit dengan Allah SWT. Tujuannya agar seseorang itu beroleh rahmat Allah dan diberi hidayah untuk bertaubat sebelum maut menjelma.
Mungkin disebabkan pendedahannya, apabila ia ingin atau telah bertaubat, sukar untuknya untuk memaklumkan kepada semua yang pernah mendengar atau mengetahui pendedahannya agar bertaubat sama, malah taubatnya juga mungkin diragui orang lain atau paling kurang, membawa masalah dalam hati seperti boleh menumbulkan riya’.
Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telahatau pernah dilakukan adalah SENYAP DAN SEMBUNYIKAN. Ia bukan hipokrit, tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat. Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelau dosa hanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengabui mata orangramai dan berpura-pura baik.

KESIMPULAN
Segeralah memadam paparan minat dan keterlibatan terhadap apa jua aktiviti, tayangan, muzik, bacaan selain untuk Allah, Rasul dan apa yang mendekatkan diri kepada keredhaan Allah. Walau sebanyak, sedalam manapun minat, sejauh manapun keterlibatan, sembunyikan ia, bukan bertujuan untuk menipu manusialain, tetapi agar dia tidak tergolong dalam kalangan berbangga dengan dosanya, mempromosi, membuka aib sendiri dan mengiklan kejahatan kepada orang lain.
Semaklah Facebook anda, blog, website, forum dan sembangan harian agar tidak tersalah dan mempergandakan dosa.

Kedekut undang 7 keburukan


KEDEKUT menggambarkan sikap seseorang yang berat hati untuk membelanjakan harta milikinya sama ada bersedekah, zakat atau membantu mereka yang memerlukan.
Sikap itu bertentangan dengan tuntutan Islam. Firma Allah yang bermaksud: 
“Dan bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan ketakwaan dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan perlanggaran.” (Surah al-Maidah ayat 2)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Takutilah kamu akan bakhil, kerana bakhil itu pernah membinasakan orang dahulu daripada kamu sehingga mereka suka mengalirkan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang diharamkan ke atas mereka.”
 
 
Tabiat kedekut berpunca daripada sikap terlalu sayangkan harta. Ia boleh menyebabkan manusia lalai daripada mengingati Allah dan mengerjakan ibadat, sebaliknya memalingkan muka hati kepada dunia semata-mata.
Firman Allah, maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta kamu dan anak-anak kamu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Dan sesiapa berbuat demikian, maka mereka adalah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun ayat 9)
Jadi, bagi menyucikan sebahagian harta, setiap orang perlu manfaatkan harta itu dengan membelanjakannya ke jalan yang boleh memberi manfaat.
Kita juga disaran berusaha memperbaiki kelemahan dan ‘meloloskan’ diri daripada kemiskinan kerana kemelaratan itu hanya akan menjauhkan diri kita daripada Tuhan.
Tangan memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Jadi kita perlu sematkan dalam diri untuk bersedekah, Insya-Allah harta yang dikeluarkan akan diganti berlipat ganda.
Jangan hanya sebab harta benda kita bermusuh sesama sendiri.
Berdasarkan konsep rezeki yang diterangkan, Allah memberi jalan seluas-luasnya bagi setiap hamba-Nya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk.
Justeru, selagi berpeluang bernafas, manfaatlah harta untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain kerana rezeki yang kita miliki kadangkala ada hak kepada orang lain.
Selain itu, menunaikan hajat orang lain juga boleh meluaskan jajaran rezek
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan boleh menggelapkan rupa, hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
Amalan bersedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki kita seluas-luasnya.
Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam, maksudnya: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu tergantung di Arasy, yang dikirim oleh Allah kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.
Saidina Abu Bakar berkata, maksudnya: Orang-orang yang terlalu bakhil mereka tidak akan terlepas salah satu dari tujuh kemungkinan iaitu:
  1. Allah memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang zalim, lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.
  2. Allah akan menimpakan ke atasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian, banjir dan tenggelam dalam tanah.
  3. Selepas meninggal, hartanya akan diwarisi mereka yang mempergunakan di jalan maksiat dan kemungkaran.
  4. Allah akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga ia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakit itu.
  5. Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat, lalu ia sendiri terlupa sehingga tidak boleh menemuinya.
  6. Terlintas dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak, akibatnya hartanya musnah.
  7. Allah meninggikan syahwat bakhilnya sehingga ia sendiri yang akan memusnahkan

Fesyen Tudung Bersanggul



Sanggul yang saya maksudkan adalah seperti dalam gambar disebelah. Memakai tudung yang menampakkn bonggolan dikepala. Jadi, sebab tadi saya dah terbaca berkaitan pemakaian tudung sebegini, jadi semestinya saya share dengan anda semua . Renungkanlah hadith-hadith dibawah:
“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat).
Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
 

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.
Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” – Hadith Riwayat Muslim. Hadith no 212.
Jawapan dari Ustaz Nor Amin
Ingatan kepada semua, wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis yang pertama di atas. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya.
Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.
Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.
Jika dilihat dari tren orang sekarang ini berfesyen seperti sanggul tinggi dan fesyen tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesyen tersebut. Pendapat saya, jika fesyen tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :
“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).

Sumber: Ustaz Nor Amin Sayani bin Zainal

Nama-nama warna dalam bahasa Korea :

Nama-nama warna dalam bahasa Korea :
  란색 ( paran saek ) = warna biru
  검정색 ( geumjeong saek )= warna hitam
 (까만 ). 하얀색 ( hayan saek ) = warna putih
 빨간색 ( ppalgan saek ) = warna merah
 노란색 ( noran saek )= warna kuning.
 초록색 ( chorok saek )= warna hijau
 주황색 (  juhwang saek )= warna Oren
 보라색 ( bora saek ) = ungu.
 핑크색 / 분홍색 ( Pink saek/ bun  hong saek )= warna pink
 은색 ( eun saek )= warna silver  
 금색( geum saek ) warna emas. 
 갈색 ( kal saek ) = warna coklat- Light Brown, 
 밤색( bam saek ) coklat- brown , 

warna dalam bahasa arab

WARNA
 
Putih
 
 
 
Kuning
 
 
 
Oren
 
 
 
Merah
 
 
 
Coklat
 
 
 
Biru
 
 
 
Hijau
 
 
 
Hitam
 
 
Kelabu
 

Memilih Isteri Solehah



Memilih Isteri Solehah
Perkara pertama yang harus diperhatikan bila memilih jodoh (yang berkaitan dengan persoalan wanita) demi untuk mencapai kehidupan yang tenteram supaya ikatan perkahwinan menjadi kekal serta tujuan-tujuan yang baik dari perkahwinan itu ialah memilih isteri solehah.
Penulis ada sediakan artikel petua mencari calon suami yang baik sebelum ini yang penulis rasa penuh ilmu untuk anda baca..
Hendaklah isteri itu seorang yang soleh dan berpegang teguh kepada agama. Inilah tujuan utama perkahwinan yang harus diambil berat. Sebab sekiranya isteri itu lemah agamanya, bagaimana dapat ia memelihara diri dan maruahnya.
Kalaulah berlaku sesuatu kecemaran yang menyentuh kehormatan dirinya, tentulah muka suami akan terconteng arang, sedang hatinya akan tergoda oleh perasaan cemburu, manakala kehidupannya ketika itu akan menjadi sempit.
Kemudian jika si suami mengikutkan kata hati yang penuh dengan cemburu itu, tentulah akan porak-peranda seluruh kehidupannya, dan jika dia mengambil sikap mempermudahkan tentang perkara yang berlaku, tentulah dia akan dituduh mengambil sikap tidak amik tahu saja tentang agama dan maruahnya, dan akan dituduh sebagai suami yang dayus.
Demikian pula sifat wanita yang rosak agamanya akan sering mempermain-mainkan harta benda suaminya atau sebagainya, sehingga hidup si suami dengannya akan sentiasa kurang tenteram.
Jika suami terus mendiamkan diri dan tidak melarang kelakuannya, nescaya ia menjadi kongsi dalam maksiat dengan isterinya dan bererti menentang firman Allah Ta’ala.
    “Peliharalah diri kamu dan keluargamu dari api neraka.” (at-Tahrim: 6)
Jika si suami menegah si isteri dan melarang kemahuannya akan timbul pula pertengkaran sehingga boleh memendekkan umur si suami.
Sebab itulah Rasulullah s.a.w sangat-sangat menggalakkan supaya memilih wanita yang kukuh agamanya.
Baginda bersabda:
“Wanita itu dikahwini kerana hartanya atau kecantikannya, keturunannya atau agamanya, maka hendaklah anda memilih yang mempunyai agama yang kukuh, nescaya anda akan bernasib baik.”

Petua Mencari Calon Suami Yang Baik


Petua Cari Calon Suami Yang Baik
Wanita mana yang tidak impikan seorang lelaki yang Soleh & Beriman untuk dijadikan sebagai Suami.
Dalam usaha untuk mencari Calon Suami Yang Baik, wanita juga harus berusaha untuk memperbaiki dirinya sebelum memasuki ke alam perkahwinan.
Seperti mana Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Petua Mencari Calon Suami Yang Baik

  • Pilih yang baik dan beragama
    Agama tersangat penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdalah pegangan dalam hidup, kan? Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama ni bukan sahaja boleh memimpin dirinya sendiri, tetapi dia juga boleh menjadi pemimpin yang baik kepada isteri dan anak-anaknya. Jadi sebelum melihat kriteria-kriteria lain, lihatlah dulu pegangan agamanya,lihat boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang betul kelak.
  • Cari yang sabar dan penyayang
    Semasa tengah berdating, mungkin anda dah boleh nilai perangai teman lelaki anda kan? Penyabar ke atau pemarah? Cuba uji misalnya berpura-pura buat benda yang dia tak suka ke, masa tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah faham-faham la mungkin si dia ni panas baran.
  • Jangan nilai pada rupa Don’t judge a book by it’s cover’. Ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya saja! Sebab kecantikan luaran ni sementara sahaja. Mungkin rupa si dia ni macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik.
    Kalau muka tu hensem macam Tom Cruise, tapi perangai tak senonoh, nak buat apa, kan? Ingatlah nanti kalau kita dah tua, muka kedut pun sama-sama kedut.
  • Hormat orang tua
    Sememangnya kita nak calon suami yang bukan saja taat pada mak ayah dia sahaja, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan? Jadi, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kita pula. Dia hormat ke atau kurang ajar, lihat bagaimana cara dia mengambil hati mak & ayah kita.
  • Cari yang boleh mendengar dan mendidik
    Penting ni sebab kalau kita ada masalah, ada jugak insan yang sudi mendengar luahan hati kita. Bukan tu sahaja, kalau ada benda yang kita tak tahu, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab-bab agama selepas kahwin.
  • Lihat pada keluarga dia
    Ini biasanya dipraktikkan masa zaman mak ayah kita dulu. Masa nak cari jodoh untuk anak-anak diorang, mereka akan ‘melihat’ pada keluarga si lelaki dulu. Kalau semuanya baik-baik sahaja, dapatlah green light. Seperti kata pepatah “ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi”. Mak Ayah kitalah juga yang membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti. Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang baik. Jadi nilailah betul-betul sebelum membuat keputusan untuk memilih calon suami.
  • Pilih yang (ikhlas) sayang kat kita
    Maksudnya pilih lelaki yang betul-betul sayang pada kita. Jangan pula pilih lelaki yang kita sayang tapi si dia pulak buat endah tak endah sahaja dekat kita. Ada jugak situasi di mana si lelaki ni berpura-pura sayang dekat si gadis kerana hanya nak main-mainkan dia. Jadi, kalau anda di dalam situasi di mana anda perlu pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang pada anda. Sebaik-baiknya pilihlah pilihan lelaki yang sayang pada anda.

Jalan Mudah Untuk Isteri Nak Masuk Syurga – Taati Suami


Isteri Nak Masuk Syurga
Ok, untuk artikel blog kali ini, penulis ingin berkongsi sesuatu yang di kira amat penting untuk diambil perhatian dalam melayari bahtera rumahtangga anda dan pasangan. Ianya mengenai ketaatan isteri terhadap suami.
Tahukah anda bahawa ada sebenarnya ‘jalan mudah’ untuk wanita-wanita atau isteri mencapai impian masuk syurga Jannatulllah?
‘Jalan mudah’ yang dimaksudkan ialah dengan mentaati suami. Nanti saya akan kongsikan sebuah hadis bagi menyokong pernyataan ini.
Buat para isteri di luar sana, taatilah suami anda dengan sepenuh-hati. Mentaati suami selagi mana tidak melanggar syarak (contoh melanggar syarak: diminta berbohong atau mencuri atau memudaratkan diri) adalah WAJIB hukumnya.
 
Anas bin Malik menyatakan Nabi Muhammad bersabda: “Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana sahaja yang dia kehendaki,” Riwayat Abu Na’im.
Demikianlah hadis yang saya maksudkan tadi bagi menyokong tajuk artikel kita kali ini.
Isteri yang mentaati suaminya akan dijanjikan syurga oleh Allah SWT. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk mentaati suami anda walaupun anda terpaksa berkorban kepentingan diri anda sendiri.
Dengan pengorbanan anda itu nescaya Allah akan kurniakan ganjaran rahmat, kesabaran dan pahala yang lebih besar.
Suami adalah nakhoda bagi bahtera rumahtangga anda. Dia lah yang akan tanggung segala dosa anda di dunia ini selama mana anda menjadi isterinya. Oleh itu, dia dikurniakan beberapa kelebihan dan dalam masa yang sama tanggungjawab yang besar perlu dipikul olehnya.
Jangan sesekali anda buat dia berkecil hati walaupun sedikit. Kelak ia boleh mengundang pergaduhan dan ada kebarangkalian anda boleh berlaku derhaka terhadapnya.
Oleh itu, senantiasalah bersangka baik terhadap semua keputusan yang dibuat oleh suami anda. Suami adalah pemutus segala keputusan akhir dalam rumahtangga anda.
Walaupun kadang-kala keputusan yang dibuat oleh suami anda itu anda tidak bersetuju, tapi ingatlah semua itu telah ditentukan oleh Allah. Allah lah yang telah menggerakkan hatinya untuk membuat keputusan itu. Anda hanya perlu bersangka baik dalam segala hal.
Begitulah serba-sedikit perkongsian penulis dalam artikel Jalan Mudah Untuk Isteri Nak Masuk Syurga.

10 Sifat Calon Suami Yang Baik



10 Sifat Calon Suami Yang Baik
Hakikatnya, zaman sekarang nie memang susah nak cari calon suami yang baik atau yang menjadi idaman. Cari kekasih memang senang. Tetapi yang memiliki ciri-ciri idaman bukan senang untuk dicari.Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.
Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.Semoaga artikel yang penulis sediakan dapat membantu anda wahai wanita yang ingin Mencari Calon Suami.
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

10 sifat calon suami yang baik

  • Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  • Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur.
  • Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  • Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  • Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  • Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  • Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  • Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  • Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  • Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan

Lawan Hawa Nafsu! Tiada Jalan Pintas




penjara nafsu
Dalam sebuah hadis, diriwayatkan tentang seorang penjahat yang ingin bertaubat. Ia masuk ke masjid. Ketika itu Rasulullah S.A.W sedang mengimamkan solat. Setelah menunaikan solat mereka berbincang-bincang dan penjahat yang ingin bertaubat itu mendengar Rasulullah S.A.W berkata,
“Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram maka akan memperolehinya ketika sudah halal”
Setelah Rasulullah S.A.W dan para sahabat bersurai, pemuda itu turut meninggalkan masjid. Hatinya masih ragu untuk mengutarakan taubatnya. Namun ucapan Nabi tadi amat terkesan di hatinya. Malam pun menjelang. Suasana yang sering menggoda dirinya untuk melakukan keburukan. Tiba-tiba dia berhasrat untuk merompak salah sebuah rumah yang dihuni oleh seorang janda. Ternyata di rumah janda itu terdapat banyak makanan yang enak dan pasti mengundang selera.
Ketika dia sedang memulakan suapannya tiba-tiba dia teringat kata-kata Rasulullah S.A.W siang tadi. Akhirnya dia tak jadi makan. Tatkala beranjak ke bilik ke bilik lain, dia menjumpai perhiasan dan wang yang banyak. Dan ketika dia hendak mengambilnya, sekali lagi dia teringat kata-kata Rasulullah S.A.W. Lalu dia membatalkan niat jahatnya.
Setelah itu dia masuk pula ke sebuah bilik yang besar. Didapatinya janda mu’minah itu sedang terbaring tidur dengan lenanya. Apabila ternampak wajah janda yang cantik dan rupawan itu, dia tergoda dan bermaksud untuk melampiaskan nafsunya. Namun tiba-tiba dia teringat kembali kata-kata Rasulullah S.A.W tadi.
“Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram ia akan memperolehi barang tersebut ketika ia sudah halal”
Akhirnya, sekali lagi beliau membatalkan niat jahatnya. Lalu dia pergi meninggalkan rumah itu dengan hati yang lega kerana mampu mengalahkan nafsunya. Fajar mula menyinsing. Penjahat tadi pergi menunaikan solat subuh di masjid. Kali ini dia bertekad, dia akan bertaubat di hadapan Rasulullah S.A.W. Setelah solat, beliau duduk menyendiri di satu sudut masjid, merenung kembali peristiwa yang baru dialaminya malam tadi dan menghitung betapa besar dosanya andai perbuatan itu dilakukan.
Ketika matahari terbit datanglah seorang wanita ke masjid dan menceritakan kepada Rasulullah S.A.W kejadian semalam di rumahnya. Walaupun tiada barang yang hilang namun beliau khuatir kalau-kalau pencuri itu datang menyelidik semalam dan akan datang lagi malam nanti. Wanita itu juga memohon kepada Rasulullah S.A.W ag r sudilah mencarikan seorang yang sanggup menjaga rumahnya.
“Kenapa kau hidup sendirian?” tanya Rasulullah S.A.W padanya. Wanita itu menjawab bahawa suaminya telah meninggal dunia. Rasulullah S.A.W mengarahkan pandangannya kepada seorang yang sedang duduk menyendiri di satu sudut masjid. Rasulullah S.A.W bertanya pada lelaki tersebut (penjahat tadi), adakah beliau sudah beristeri?
Setelah Rasulullah S.A.W mengetahui bahawa lelaki itu telah kematian isterinya, maka baginda menawarkannya seorang calon isteri. Lelaki itu terdiam begitu juga janda yang mengadu tadi. Mereka sama-sama malu. Tetapi Rasulullah S.A.W yang arif kemudian mengikat kedua insan itu menjadi suami isteri yang sah. Dan, pecahlah tangis lelaki itu, lalu diceritakannya kepada Rasulullah S.A.W peristiwa yang sebenarnya, dan bahawa pencuri itu tidak lain adalah dirinya sendiri.
Wanita itu keluar dari masjid dari masjid diiringi lelaki yang kini telah menjadi suaminya. Mereka berjalan beriringan menuju rumah yang malam tadi
hampir dicerobohinya. Disana makanan-makanan yang enak masih utuh seperti yang dilihatnya malam tadi. Bezanya sekarang, makanan itu sudah tidak haram lagi. Maka tanpa ragu-ragu makanan itu disantapnya. Wang, emas dan perhiasan yang hendak dicuri, kini sudah menjadi miliknya yang halal. Bahkan dia boleh menggunakannya untuk berniaga, tanpa haram sedikitpun.

Sementara wanita cantik yang hampir dinodainya semalam, kini benar-benar sudah menjadi isterinya. Berkat kemampuannya menahan nafsu syaitannya.
Lelaki itu berbisik sendiri dalam hati, Benarlah sabda Rasulullah S.A.W
“barangsiapa meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal”
Demikian indah Islam mengajar erti cinta. Cinta yang tidak diliputi keraguan, cinta yang menimbulkan rasa tenteram, cinta yang menumbuhkan kedamaian, cinta yang menyuburkan keimanan dan ketaqwaan. Cinta yang apabila kita meneguknya akan diperolehi kenikmatan yang lebih dalam lagi.
Marilah kita menjenguk dan menyemak hati kita. Masihkah ada cinta di sana? Sudahkah kita mengemas cinta kita dengan kemasan Cinta Rabbani dan memberi
label halal di atasnya? Dan sudahkah kita menyingkirkan cinta syhwat yang akan menjerumuskan kita dalam petaka yang berpanjangan.

10 Wasiat Rasulullah SAW Kepada Puterinya Fatimah Az Zahra



Fatimah Az Zahra
10 Wasiat Rasulullah SAW Kepada Puterinya Fatimah Az Zahra | Indahnya kehidupan sebagai suami dan isteri.Dimana,setiap hebatnya seorang lelaki itu dibelakangnya ada seorang wanita yang juga cukup hebat.
Hebat bukan dari segi rupa paras yang cantik sahaja,bukan dari pangkat dan keturunan yang gah sahaja,bukan dari kerjanya yang bagus sahaja,tetapi hebat isterinya jika mampu taat kepada suaminya.

10 Wasiat Rasulullah SAW Kepada Puterinya Fatimah Az Zahra

  • Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya pasti Allah akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji tepung, melenyapkan keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu.
  • Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung (memasak makanan) untuk suami dan anak-anaknya nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.
  • Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang telanjang.
  • Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan Allah akan menghalangnya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat kelak.
  • Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan adalah keredaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu, ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.
  • Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan Allah menetapklan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Jika meninggal ketika melahirkan maka dia tidak membawa dosa sedikitpun.
  • Ya Fatimah tidaklah wanita yang tersenyum di hadapam suaminya melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.
  • Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur suaminya dengan rasa senang hari melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang.
    Ya Fatimah tidaklah wanita yang melayan suaminya selama sehari semalam dengan senang hati serta ikhlas melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupaya pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan pahala kepadanya pahala seratus kali beribadah haii dan umrah.
  • Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suaminya dan menyikatkanya, meminyakkan janggut dan memotong misainya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudahkan sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian taman-taman syurga. Allah membebaskannya dari siksa neraka serta dapat melintasi siratul mustakim dengan mudah.
Waallahukhlam….

Pesanan Rasulullah Sebelum Tidur



Pesanan Rasulullah Sebelum Tidur
 
Ketahuilah kalian siapa saja dari umat Rasulullah S.A.W yang berupaya untuk senantiasa mengikuti dan mentaati Rasulullah S.A.W dengan ikhlas serta menjadikannya sebagai contoh dalam kehidupan sehari-hari, maka sungguh ia akan mendapatkan sekian banyak keutamaan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.

Pesanan Rasulullah Sebelum Tidur

Sebelum tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah :
“Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :
1. Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
2. Membuatkan para muslim meredhai kamu
3. Melaksanakan ibadat haji dan umrah.

Bertanya Aisyah :

“Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?”

Rasulullah tersenyum sambil bersabda :

“Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”

CARA MANDI WAJIB YANG SEMPURNA DAN MUDAH


tata-cara-mandi-junub-mandi-wajib-

CARA MANDI HADAS YANG SEMPURNA DAN MUDAH

Soalan; macam mana mandi hadas besar dgn betul, mudah dan mengikut sunnah nabi. blhkah kita menyentuh kemaluan ketika mandi atau itu boleh membatalkan mandi kita tadi? Saya was-was dal hal ini. Jawapan;
Kaifiyat mandi hadas yang sempurna dan mudah diamalkan ialah dengan mengikut cara mandi Nabi s.a.w., antaranya yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a sebagaimana berikut;
“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila baginda mandi janabah, baginda mula dengan membasuh dua tangannya. Kemudian baginda menuangkan air ke tangan kirinya dengan menggunakan tangan kanannya, lalu (dengan tangan kiri itu) baginda membasuh kemaluannya. Kemudian baginda mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk mengerjakan solat. Kemudian baginda mengambil air, lalu memasukkan jari-jarinya ke akar rambutnya hingga apabila melihat air telah membasahi seluruh (kulit kepala dan akar-akar rambutnya), baginda mencebuk air (dan menjirus) ke kepalanya sebanyak tiga cebukan. Kemudian baginda menyiram air ke seluruh badannya. Kemudian baginda membasuh kedua kakinya” (HR Imam Muslim).
Dari hadis di atas, dapat kita simpulkan cara mandi hadas seperti berikut;
  • Setelah membaca Bismillah, mulakan dengan membasuh dua tangan. Di dalam hadis yang lain, ada dinyatakan baginda membasuh dua tangannya sebanyak dua atau tiga kali.
  • Kemudian basuh kemaluan dan najis di badan jika ada dengan menggunakan tangan kiri.
  • Setelah itu ambil wudhuk sebagaimana yang biasa dilakukan.
  • Kemudian mulakan mandian dari bahagian kepala terlebih dahulu hingga rata air di seluruh kepala termasuk di celah-celah rambut.
  • Selesai bahagian kepala, lakukan mandian di bahagian badan pula; dari leher ke bawah. Sunat menjirus bahagian kanan terlebih dahulu, kemudian baru diikuti sebelah kiri.
  • Semasa mandi, tangan hendaklah menggosok-gosok badan terutamanya bahagian-bahagian yang berlipat yang dikhuatiri tidak sampai air jika tidak digosok.
  • Akhiri mandian dengan membasuh kedua kaki dan menggosok dicelah-celah jarinya.
  • Ketika mandi itu, jangan lupa berniat di dalam hati melakukan mandi yang diwajibkan atau berniat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari badan.
Menyentuh kemaluan tidaklah membatalkan mandi. Ia hanya akan membatalkan wudhuk. Semasa mandi, jika menyentuh kemaluan itu dilakukan dengan niat/tujuan meratakan air ke bahagian kemaluan, tidaklah perlu mengulangi wudhuk kembali selepas mandi kerana sentuhan itu terpaksa dilakukan untuk menyempurnakan mandi wajib. Namun jika sentuhan itu berlaku setelah bahagian kemaluan itu telah diratakan air (semasa mandi itu) atau setelah selesai mandi, maka ketika itu barulah wajib mengambil wudhuk kembali selepas mandi. Adapun mandi, ia tidak terjejas semata-mata dengan menyentuh kemaluan.

Walahu a’lam....

Sunday, 25 August 2013

Mungkin Anda "mengidap" Trypophobia !!


Pernah mendengar istilah Trypophobia ? hah serius kamu belum pernah dengar ? sama dong saya juga baru mendengar hari ini



jadi menurut Urban dictionary Trypophobia adalah ketakutan yang tidak irasional terhadap bentuk-bentuk rongga-rongga yang ada pada suatu benda tapi kenyataannya phobia seperti ini tidak ada didalam cakupan medis bahkan Wikipedia pun  tidak memiliki halaman yang didedikasikan untuk ketakutan terhadap rongga-rongga ini

Popular Science kemudian melakukan menyelidiki atas fenomena ini dan menurut Martin Antony rasa takut dan jijik sering berjalan beriringan hampir semua hal yang membangkitkan reaksi rasa jijik atas laba-laba, tikus, darah,muntah dan lainnya bisa menjadi memicu ketakutan atas rasa sakit.

Dan ketakutan yang sama dapat berlaku untuk lubang-lubang kecil, terutama di benda-benda alam di mana mereka tampaknya diluar kewajaran dari bentuknya. Saya menduga bahwa kita muak dengan benda bopeng karena mereka tidak terlihat cukup "benar", yang kemudian bermanifestasi menjadi rasa  jijik.

Tapi sekali lagi, rasa takut terhadap bentuk -bentuk asimetri pada beberapa orang dengan gangguan obsesif-kompulsif tidak terkait dengan jijik, Antony mengatakan mungkin lubang, terutama di obyek organik, dengan sadar mengingatkan kita pada gejala penyakit menular yang mempengaruhi kulit, seperti ruam atau melepuh yang berhubungan dengan campak dan cacar air. Semua ini, tentu saja, adalah spekulasi, dan hanya untuk menunjukkan betapa sedikitnya yang kita tahu tentang trypophobia.
ok kalau begitu sekarang saya tes apakah anda termasuk orang yang jijik terhadap gambar-gambar di bawah ini ?
kalau iya mungkin anda "mengidap" Trypophobia

Sarang lebah






Biji Lotus



Kondensasi




Biji Opium




Bunga Karang

 


Jamur

 Buih Air



 

Pohon Burung pelatuk


  Belewah



Kodok Suriname





kalau sudah dan anda tak merasa jijik berarti anda tidak "mengidap" Trypophobia  dan artikel ini hanya ingin membagi pengetahuan saja kepada anda -anda semua