Kenapa Lelaki Curang? Bercerita
 mengenai curang selalunya dikaitkan dengan kaum lelaki walaupun ada 
juga kaum wanita yang curang. Tetapi kali ini penulis ingin bercerita 
mengenai kenapa lelaki curang. Mungkin ramai yang tertanya-tanya dan 
ingin tahu sebab-sebab lelaki berlaku curang. Berikut adalah sebab kenapa lelaki sering curang dengan pasangannya:
1. Merasakan dirinya terlalu hensem.
Merasakan diri terlalu hensem dan over konfiden selalunya terjadi 
kepada lelaki. Dia merasakan dirinya terlalu hensem apabila Allah 
memberikan sedikit kelebihan dari sudut wajah, tubuh badan dan gaya 
penampilan. Harus diingat bahawa muka hensem bukanlah menjadi aset utama
 kepada kejayaan di dalam perhubungan. Setia kerana muka hensem? Tidak 
mungkin berlaku jika lelaki itu tidak pandai menjaga hati si dia. Lumrah
 manusia mempunyai citarasa yang berbeza-beza. Ada wanita yang tidak 
terlalu memilih lelaki kacak atau hensem untuk menjadikan pasangan 
hidupnya. Pesanan kepada lelaki, janganlah terlalu merasakan diri 
terlalu hensem.
3. Ramai wanita lain menyukainya.
Lelaki akan merasakan selesa berlaku curang jika ramai wanita lain menyukainya. Tidak hairanlah jika kecurangannya itu diketahui pasangannya suatu hari nanti kerana masih ramai wanita lain yang menunggu untuk menjadi pasangannya.
4. Belum bersedia untuk setia.
Ramai lelaki yang curang selalunya belum bersedia untuk setia. Merasakan dirinya masih muda dan masa hidupnya masih panjang. Selalunya lelaki yang tidak mempunyai matlamat untuk berkahwin dengan pasangannya berkata kepada dirinya “belum bersedia untuk setia”.
5. Niat membalas dendam.
Kenangan pahit di dalam hidup seperti pernah dipermainkan oleh wanita juga antara penyebab lelaki membalas dendam. Mereka merasakan wanita patut dibalas dendam atas perasaannya yang pernah terluka kerana wanita. Ada juga penyebab lain menjadikan lelaki berniat membalas dendam kepada wanita antaranya masalah keluarga. Ibunya ditinggalkan oleh ayahnya kerana wanita lain menggoda ayahnya. Lelaki itu terus menjadi pembenci kepada semua wanita kecuali ibunya sahaja.
kahkahkah..pelik2 xD ^^
No comments:
Post a Comment