HUKUM mencarut, maki hamun dan mengeji dijelaskan dalam nas-nas & hadith sohih:
1-Barang 
siapa yang menetapkan niat nya dalam bulan-bulan tersebut untuk 
mengerjakan haji, maka janganlah ia bercakap lucah (rafath), melakukan 
kerja fasiq (fusuq), & bergaduh dalam masa mengerjakan haji" [ 
Al-Baqarah :197 ]
2-Menurut 
Ibnu Umar "rafath" bermaksud bersetubuh & bercakap mengenainya. 
"Ata' Bin Abi Rabah pula berpendapat, "Rafath ialah bersetubuh & 
bercakap lucah.  Hukumnya adalah haram". "Fusuq" pula, Ibnu Abbas 
mentafsirkan sebagai, "Semua bentuk maksiat".  Manakala Ibnu Umar 
mengatakan, "Fusuq ialah maki". Al-Dahhak pula mentafsirkannya dengan, 
"Menggelarkan seseorang dengan gelaran yang keji"
3-"Hendaklah
 kamu menjauhkan diri daripada menutur kata2 yang keji, kerana Allah 
tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian" 
(al-Hakim dan Ibnu Hibban)
4-"Bukanlah 
mukmin (yang baik) itu: Pencela, pelaknat, penutur kata2 yang keji dan 
orang yang lucah percakapannya" (al-Hakim dan al-Darqutni);
5-"Syurga adalah haram dimasuki oleh orang yang keji percakapannya" (Ibnu Abi al-Dunya dan Abu Naim);
6-"Wahai Aisyah! Kalaulah kata-kata yang keji itu seorang lelaki, maka ia adalah lelaki yang jahat" (Ibnu Abi al-Dunya);
7-"Kata-kata
 yang lucah dan perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus 
didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat-sifat munafik" 
(al-Tirmizi).
8-"Diriwayatkan
 bahawa orang yang keji percakapannya dan suka menyebarkan kekejian akan
 didatangkan pada hari kiamat dalam bentuk anjing atau dalam usus 
anjing"(Ibrahim Bin Maisarah)
Kepada 
pencarut, pemaki & pengeji yang bekerja secara full time or part 
time, bertaubatlah. Bukan kah memperbanyakkan sebut kalimah Allah itu 
lebih baik.

No comments:
Post a Comment