Semua pasangan yang bercinta sentiasa mengharapkan cinta yang dibina
mendapat restu keluarga terutama si ibu.Restu semestinya penting untuk
bakal pengantin perempuan kerana yang mewalikannya adalah si ayah tapi
kalau untuk bakal pengantin lelaki pula macam mana ? Sebenarnya tidak
kisah lah pihak lelaki atau perempuan , kedua-duanya memerlukan restu
keluarga kerana restu keluarga itu lah yang akan memudahkan kehidupan
mereka kelak. Dengan restu dan doa yang sering dititipkn , Insyaallah
sebuah rumah tangga yang terbina itu akan bahagia.Biasanya pasangan
bercinta sekarang menganggap restu keluarga ini sesuatu yang biasa-biasa
tapi sebenarnya , dengan restu akan membawa cinta yang terbina sampai
syurga macam cerita syurga cinta tu . Sekarang pun dah ramai pasangan
yang diaturkan keluarga tetapi bahagia .Memang banyak faktor lain yang
boleh membawa pada rumahtangga yang bahagia tetapi restu keluarga adalah
yang terbaik untuk pasangan yang sedang bercinta ataupun yang ingin
berkahwin tidak lama lagi.
Cinta itu dari Allah tapi lebih manis jika ditaburi dengan doa serta
restu , pasti itu resepi bahagia keluarga . Biar badai melanda ,
rumahtangga yang dibina akan tetap bahagia .Biar bergunung ujian melanda
, pasti akan diharungi bersama.Biar pahit menelan kepayahan , pasti
manis melaluinya dengan yang tersayang.Biar dan biarlah , yang berlaku
pasti berlalu .
No comments:
Post a Comment