Terlebih
dahulu, tahukah anda apakah itu acetaminophen? Acetaminophen merupakan
istilah yang digunakan di Amerika Syarikat dan Kanada, yang merujuk
kepada sejenis sebatian yang kita kenali di negara kita dengan nama
generik “paracetamol”. Ia digunakan secara meluas sama ada sebagai analgesic (melegakan sakit kepala) atau sebagai antipyretic (mengurangkan
suhu badan ketika demam). Di Malaysia, acetaminophen/paracetamol boleh
didapati dengan mudah di kedai-kedai runcit, 7-eleven, supermarket, atau
farmasi dan antara jenama yang sering didengari adalah “Panadol” atau
“Uphamol”. Setiap satu tablet panadol mengandungi 500mg
acetaminophen/paracetamol dan dos yang dibenarkan untuk sekali ambil
secara selamat adalah 1000mg (2 tablet).
Acetaminophen bersifat lebih lembut
berbanding teman karibnya, aspirin yang juga bersifat analgesic, tetapi
pengambilan aspirin di luar dos yang dibenarkan boleh membuatkan
seseorang itu mengalami pening dan muntah yang melampau. Memandangkan
sifat acetaminophen yang sedikit lembut ini, kebanyakkan individu
mengambil ia apabila pening hanya semudah seperti mengambil gula-gula.
Apabila pening sahaja, terus ambil. Pening sahaja, terus sahaja telan
Panadol. Kalau sehari tu si Senah pening 10 kali, maka 10 kali tu
jugalah dia telan Panadol! Walhal jika hendak diikutkan, pengambilan
acetaminophen harus mendapat pengesahan daripada pakar perubatan atau
individu bertauliah yang berkenaan terlebih dahulu. Tidak ketinggalan,
terdapat juga segelintir individu yang ‘terlebih pandai’ dengan
mengambil acetaminophen bersama setin Coca Cola untuk mendapatkan rasa ‘high‘.
Berbalik pada kajian terkini yang
dijalankan, memang telah disahkan bahawa pengambilan acetaminophen
secara kerap berkemungkinan meningkatkan peluang si pengambilnya untuk
mendapat kanser darah tertentu. Ketua penyelidik kajian yang berkenaan,
Dr. Roland Walter, merangkap pembantu profesor perubatan di bahagian
hematologi, mendakwa “Kami mendapati bahawa penggunaan acetaminophen
yang terlalu kerap, iaitu salah satu ubat yang paling kerap digunakan
di seluruh dunia, mempunyai hubung kait yang berisiko meningkatkan
insiden ‘hematologic malignancies’ hampir dua kali ganda” [hematologic malignancies merujuk kepada jenis-jenis kanser berlaku dalam darah, tulang sum sum, dan limfa]
Gambarajah yang menunjukkan malignant (tumor) dalam darah.
Para penyelidik mendapati bahawa mereka yang mengambil acetaminophen sekurang-kurangnya 4 hari seminggu selama 4 tahun telah menerima hampir dua kali ganda risiko untuk mengidap beberapa jenis kanser darah. Kanser-kanser ini termasuklah myeloid neoplasms, non-Hodgkin lymphomas
dan gangguan plasma sel. Walaubagaimanapun, kumpulan penyelidik ini
mendapati penggunaan acetaminophen seperti ini tidak mempunyai kaitan
dalam risiko peningkatan penyakit leukimia. Ramai pakar berpendapat
kajian seperti ini harus diteruskan dan dijalankan dengan lebih mendalam
agar kesan sampingan sebenar acetaminophen dapat dirungkai.
No comments:
Post a Comment