Kesan sampingan penggunan bahan kimia
1. Penggunaan bahan kimia menyebabkan penyakit berbahaya. Penggunaan
secara berlebihan oleh pengeluar makanan boleh mendatangkan pelbagai
penyakit kepada pengguna, misalnya asid benzoik yang digunakan sebagai
pengawet dalam sos cili dan jus buah-buahan secara berlebihan boleh
mengakibatkan gangguan saraf. Penggunaan pewarna yang berlebihan boleh
mengakibatkan penyakit kanser, kencing manis, buah pinggang, gastrik dan
lain-lain lagi.
2. Keracunan juga boleh berlaku akibat mengambil makanan yang
menggunakan bahan kimia berlebihan. Makanan yang mengandungi perasa dan
pewarna yang berlebihan boleh menyebabkan sakit perut, muntah-muntah dan
cirit birit. Dalam kes keracunan yang teruk boleh menyebabkan kematian.
3. Penggunaan bahan kimia yang berlebihan juga boleh menyebabkan
ketagihan. Kandungan kafein dan alkohol dalam makanan boleh menyebabkan
penggemar makanan berkenaan ketagih. Penggunaan yang berterusan boleh
menyebabkan ulser.
4. Penggunaan bahan kimia tertentu dalam makanan boleh menjejaskan
tumbesaran. Kandungan aluminium, plumbum dalam makanan ringan boleh
menyebabkan tumbesaran terjejas dari segi mental dan fizikal.
5. Bahan kimia yang digunakan dalam makanan juga boleh menyebabkan
alahan. Bahan Tartazin (E102) yang digunakan dalam memproses makanan
boleh menyebabkan gatal kulit yang amat sangat serta mengkibatkan
pembengkakan sesetengah tisu lembut seperti kelopak mata, bibir, lidah
dan tangan.
Penggunaan bahan kimia dalam makanan menjadi pemangkin kepada industri
makanan dan pemprosesan makanan. Namun tanpa pemantauan dan
penguatkuasaan dari pihak berkuasa akan mewujudkan suasana yang tidak
sihat akibat penggunaan yang tidak mengikut peraturan.
No comments:
Post a Comment